Perjuangan Manchester United belum berakhir

Ten Hag
Ten Hag
A
A
A

MANCHESTER United masih berpeluang untuk lolos ke pusingan 16 Liga Juara-Juara walaupun tewas 2-3 kepada Galatasaray dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Old Trafford pada awal pagi Rabu, kata pengendali The Red Devils, Erik ten Hag.

United yang tewas 3-4 kepada Bayern Munich di Stadium Allianz Arena pada aksi pembukaan bulan lalu, dua kali mendahului menentang juara Turki itu menerusi Rasmus Hojlund tetapi diikat gol Wilfried Zaha dan Kerem Akturkoglu sebelum Mauro Icardi menjaringkan gol kemenangan.

"Semuanya masih terbuka. Masih ada empat perlawanan lagi dan kami mempunyai dua (perlawanan) dengan kelab Denmark, Copenhagen.

"Setiap perlawanan adalah sukar tetapi kami tahu perlu memenangi setiap perlawanan untuk setiap peluang dimiliki," ujar Ten Hag selepas United tewas buat kali keenam dalam semua pertandingan musim ini.

United juga bergelut di barisan domestik dan memulakan kempen terburuk sejak musim 1989-90.

Kekalahan 0-1 The Red Devils kepada Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu merupakan kekalahan keempat dalam tujuh perlawanan.

Dalam pada itu, Ten Hag berharap dapat memanfaatkan kekecewaan United menjelang perlawanan liga menentang Brentford pada Sabtu dan akan berusaha mengelak kekalahan di tempat sendiri ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan.

"Ya, kami perlu bangkit lebih bertenaga selepas ini. Kekalahan dalam perlawanan menentang Galatasaray harus menjadi pembakar semangat kepada kami pada Sabtu," katanya.

Artikel Berkaitan:


LIGA JUARA-JUARA

Keputusan:

Union Berlin 2-3 Braga

RB Salzburg 0-2 Real Sociedad

Inter Milan 1-0 Benfica

PSV Eindhoven 2-2 Sevilla

Copenhagen 1-2 Bayern Munich

Manchester United 2-3 Galatasaray

Napoli 2-3 Real Madrid

Lens 2-1 Arsenal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!