Dicaj RM1,260: Isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'

Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru (JB).

Jelas Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat, sebagai anak jati Johor Bahru, sudah menjadi kelazimannya menjamu selera di medan selera tersebut, tetapi di sebuah kedai berbeza.

"Saya orang JB, jadi selalu balik JB dan akan cari makanan yang kami teringin nak makan.

"Kami selalu makan di kedai JDT di sebelah, tetapi pada hari kejadian ikan di kedai tersebut sudah habis," jelasnya.

Tambah Ekin, bukan semua kedai di medan selera terbabit mengenakan caj yang mahal dan ini merupakan pengalaman pertama kali dia serta keluarga menjamu selera di kedai tersebut.

"Kedai JDT harga memang berpatutan dan sedap, bukan semua kedai di situ cekik darah. Kedai ini pertama kali kami makan sebab tak ada pilihan lain dan ini yang terjadi," ujarnya.

Dalam hantaran di akaun Instagramnya Ekin turut berkongsi gambar resit dan jumlah caj yang dikenakan.

"Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya," tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Artikel Berkaitan:

Rata-rata pengikut Instagram yang pernah melalui pengalaman sama menjelaskan pemilik kedai makan terbabit meletakkan harga tinggi kerana menyasarkan pelancong dari Singapura sebagai pelanggan utama.

Difahamkan isu ini sudah sampai ke pengetahuan KPDN dan siasatan sedang dijalankan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!