Lelaki terlibat kes pemerasan diberkas

Toyota Vios warna putih berserta kunci dan satu topi berwarna hitam dirampas.
Toyota Vios warna putih berserta kunci dan satu topi berwarna hitam dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan ditahan menerusi Ops Pemutihan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (IPDJBU), Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, lelaki berumur 39 tahun itu ditahan di Jalan Nusaria, Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki tersebut mengaku telah terlibat dalam kes jenayah yang dilaporkan pada 11 Mei lepas di Taman Ungku Tun Aminah berkaitan kes pemerasan bersama beberapa orang rakannya.

"Suspek dibawa balik ke IPD JBU untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Sekysen 384 Kanun Keseksaan.

"Turut dijumpai sebuah kenderaan Toyota Vios warna putih berserta kunci dan satu topi berwarna hitam," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!