Peluang kem skuasy raih tiga emas

Aifa (kiri) dan Mohammad Syafiq akan membuat perhitungan dengan pasangan India dalam saingan akhir beregu campuran skuasy di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou pada Khamis. - Foto FB MOM
Aifa (kiri) dan Mohammad Syafiq akan membuat perhitungan dengan pasangan India dalam saingan akhir beregu campuran skuasy di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou pada Khamis. - Foto FB MOM
A
A
A

KEM skuasy berpeluang menukar warna pingat dari perak kepada emas apabila tiga wakil negara turun beraksi dalam perlawanan akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis.

Mengetuai Malaysia ke pentas akhir ialah pemain perseorangan, S. Sivasangari serta seorang lagi rakan, Ng Eain Yow dan beregu campuran Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman.

Sivasangari mara ke final setelah menewaskan pemain Jepun, Satomi Watanabe 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou.

Pemain berusia 24 tahun yang mengisi ranking ke-37 itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 11-8, 11-8, 11-4 ke atas lawan yang berada di kedudukan ke-18 dunia.

Menanti pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu adalah pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk yang menewaskan rakan senegara, Ho Tze Lok 11-4, 11-5, 11-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri, cuba memenangi satu mata demi satu. Satu lagi aksi yang terbaik untuk esok (Khamis) dan saya harap dapat terus konsisten untuk meraih kemenangan," katanya.

Eain Yow. - Foto Agensi
Eain Yow. - Foto Agensi

Dalam pada itu, Mohammad Syafiq dan Aifa pula mengenepikan pasangan dari India, Anahat Singh-Abhay Singh 2-1 dalam saingan separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan pertama juga dari India, Karthik Dipika Pallikal-Sandhu Harinder Pal Singh yang mengetepikan pasangan Hong Kong, Lee Ka Yi-Wong Chi Him 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Kita bakal menentang pilihan utama jadi akan berikan 100 peratus untuk aksi final esok (Khamis),” ujar Mohammad Syafiq.

Aifa pula menanam azam untuk memberi tentangan sengit kepada lawan sambil mengharapkan dapat menghadiahkan emas buat kontinjen negara.

Sivasangari akan menentang pemain Hong Kong dalam aksi final Sukan Asia Hangzhou 2023 pada Khamis. - Foto Agensi.
Sivasangari akan menentang pemain Hong Kong dalam aksi final Sukan Asia Hangzhou 2023 pada Khamis. - Foto Agensi.

“Kita akan memberikan segalanya dan selepas itu, kita lihat apa yang akan terjadi. Kami perlu mengatur perancangan yang terbaik untuk berdepan mereka.

“Saya harap dapat meraih pingat emas dan saya akan berusaha memberikan cabaran yang sengit kepada mereka,” kata Aifa.

Setakat ini, skuad skuasy sudah menyumbang satu emas menerusi acara berpasukan wanita dan satu gangsa bagi acara berpasukan lelaki.

Sementara itu, Eain Yow turut menceriakan kontinjen negara apabila turut mengesahkan tempat ke pentas final setelah menewaskan wakil Qatar, Altamimi Abdulla 3-1.

Dalam aksi tersebut, Eain Yow tewas set pertama 10-12 sebelum bangkit pada set berikutnya 11-7, 11-9, 11-5 untuk menoktahkan kemenangan 3-1.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!