PSG jadi mangsa belasahan Newcastle

Longstaff (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang PSG. - Foto AFP
Longstaff (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang PSG. - Foto AFP
A
A
A

NEWCASTLE United mempamerkan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas juara Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri, awal pagi Khamis.

Newcastle membuka tirai jaringan menerusi Miguel Almiron sebelum Dan Burn menjaringkan gol menerusi tandukan enam minit sebelum rehat untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.

Sean Longstaff memastikan pasukan yang kembali semula ke kancah Liga Juara-Juara selepas 20 tahun itu selesa dengan gol ketiga, lima minit selepas babak kedua bersambung.

Lucas Hernandez cuba merapatkan kedudukan untuk PSG enam minit kemudian, namun pertahanan Newcastle, Fabian Schar melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk meletakkan Newcastle di puncak Kumpulan F dengan empat mata, satu mata di depan PSG di tempat kedua.

PSG mengalami kekalahan paling teruk dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sejak tewas 0-3 menentang Chelsea pada September 2004, dan bolos empat gol dalam perlawanan kumpulan pertandingan itu buat kali pertama sejak kekalahan 3-4 kepada Deportivo La Coruna pada Mac 2001.

"Saya gembira untuk pemain atas apa yang mereka berikan kepada saya dan kelab bola sepak ini. Ia adalah perasaan yang sangat baik untuk semua orang di sini.

“Secara taktikal,perlawanan ini melibatkan dua pasukan yang sangat bagus. Kami terpaksa cuba mengganggu mereka dan penyokong membantu kami melakukannya. Menjaringkan empat gol bukanlah sesuatu yang kami jangkakan,” kata jurulatih Newcastle, Eddie Howe.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!