Aidil Sharin tak sangka menang besar, singkir KDA FC

Pedro (kiri) menjaringkan dua gol bantu Kuching City singkir KDA FC pada suku akhir kedua Piala Cabaran 2023 dengan keputusan 0-3 pada malam Rabu. Foto MFL
Pedro (kiri) menjaringkan dua gol bantu Kuching City singkir KDA FC pada suku akhir kedua Piala Cabaran 2023 dengan keputusan 0-3 pada malam Rabu. Foto MFL
A
A
A

KEJAYAAN menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 0-3 pada Suku akhir Kedua Piala Cabaran 2023 di luar jangkaan pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak.

Menurutnya, disiplin dan komitmen yang tinggi menjadi faktor utama The Cats mampu menjinakkan bekas pasukannya yang dibina dengan bajet tiga kali ganda daripada pasukannya.

"Kami tidak menjangka sehingga 0-3 kerana Kedah mempunyai pertahanan yang kuat terutamanya apabila bermain di rumah. Tetapi hari ini saya melihat keajaiban datang," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan suku akhir kedua Challenge Cup pada malam Rabu.

The Cats mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2023 dengan agregat 4-0 selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan Abu Kamara pada suku akhir pertama.

Jelas Aidil, kemenangan besar yang diraih oleh Kuching City membuktikan pemain mempunyai keinginan untuk mara lebih jauh pada kejohanan Ini termasuk mengubah kedudukan mereka yang kini berada di kelompok bawah Liga Super.

Katanya, pemain The Cats berjaya mengikut arahan permainan yang telah disusun dengan sempurna.

"Saya rasa budak-budak inginkan komitmen malam ini dan berjaya membuktikan segalanya. Tetapi kami juga perlu tahu cara bagaimana untuk melaksanakan dan manfaatkan kelemahan mereka.

"Saya hanya orang biasa di luar sana, hanya untuk membimbing Kuching City dan saya fikir keputusan ini menandakan bahawa kami memperoleh hasil komitmen pemain dan barisan kejurulatihan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!