Bukit Rambai, Port Dickson antara 5 kawasan IPU tidak sihat

Pemandangan berjerebu sekitar Kuala Lumpur yang dirakam awal pagi di Changkat Tunku pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Pemandangan berjerebu sekitar Kuala Lumpur yang dirakam awal pagi di Changkat Tunku pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari pada Khamis.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Bukit Rambai, Melaka iaitu 153, Bandaraya Melaka (152) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (137).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Tangkak, Johor (129) dan Batu Pahat (120).

Selain itu, beberapa kawasan di enam negeri mencatatkan IPU baik iaitu Kangar, Perlis (35), Langkawi. Kedah (22), Alor Setar (41), Kulim Hi-Tech (44).dan Sungai Petani (39)

Di Pulau Pinang, Minden (41) dan Balik Pulau (32) manakala Tanjung Malim, Perak (47), Taiping (40), Besut, Terengganu (43), Tanah Merah, Kelantan (30) serta Kota Bharu (29).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!