Empat cedera langgar tapir melintas

Motosikal yang terlibat kemalangan dengan tapir di Kilometer 79 Jalan Kota Tinggi - Kluang berhampiran Taman Sri Impian Kluang, pada Rabu malam.
Motosikal yang terlibat kemalangan dengan tapir di Kilometer 79 Jalan Kota Tinggi - Kluang berhampiran Taman Sri Impian Kluang, pada Rabu malam.
A
A
A

KLUANG - Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas terlanggar seekor tapir yang melintas di Kilometer 79 Jalan Kota Tinggi - Kluang berhampiran Taman Sri Impian, di sini pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 8.30 malam melibatkan tiga motosikal yang ditunggang Suhaimi Aziz, 57, Mohd Edham Saad, 40, dan Amar Iskandar Aidil, 19.

"Akibat kejadian itu, semua mangsa mengalami kecederaan di bahu, tangan dan kaki serta dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga penunggang motosikal datang dari arah Taman Sri Impian ke Taman Sri Lambak sebelum melanggar seekor tapir yang sedang melintas jalan di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!