Ayda Jebat tidak selesa perut disentuh individu tidak dikenali

Ayda kini sarat hamil anak kedua.
Ayda kini sarat hamil anak kedua.
A
A
A

JIKA diikut pantang larang orang dahulu, ibu hamil tidak digalakkan memberi individu tidak dikenali menyentuh perut.

Pada masa kini juga masih ramai ibu hamil tidak selesa seandainya ada yang sengaja mahu memegang perut dan perkara sama dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.

Jelas Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat sentuhan pada bahagian tersebut disifatkan sangat sensitif terutama kepada ibu hamil.

“Mommies (ibu-ibu). Mommies selesa tak kalau tengah mengandung, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?

“Saya minta maaf. Saya okey saja kalau nak swafoto pegang bahu ke, tangan saya, itu dah biasa, tetapi tengah mengandung ini, sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa, terus pegang, raba-raba perut kita,” tulisnya.

Bagaimanapun ujar isteri kepada pengacara dan ahli perniagaan, Nabil Mahir itu, dia merasa serba salah untuk menegur tindakan mereka.

“Nak tegur, tapi tak terkeluar pula kata-kata. Faham kadang-kadang mak cik teruja. Tapi, harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan bayi. Itu sudah memadai.

“Ada yang sambil pegang, sambil ‘acik kalau kuis macam ini saja dulu, bayi dah tendang. Kejap, tunggu anak Ayda tendang tak’. Saya muka dah petak (muka kelat).

Artikel Berkaitan:

“Kalian rasa bagaimana ya?” kongsinya.

Ayda yang kini sarat hamil anak kedua dijangka melahirkan bayi pada awal Disember ini.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!