Sukan Asia Hangzhou: Sivasangari hadiah emas keempat Malaysia

Sivasangari meraikan kejayaan selepas menang dalam acara akhir perseorangan wanita menentang Chan Sin Yuk di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Khamis.
Sivasangari meraikan kejayaan selepas menang dalam acara akhir perseorangan wanita menentang Chan Sin Yuk di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Khamis.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN skuasy negara, S Sivasangari menghadiahkan kontinjen negara pingat emas dalam acara perseorangan wanita di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Skuasy Pusat Olimpik Hangzhou itu, Sivasangari yang berstatus pemenang pingat perak Sukan Asia edisi 2018 bangkit menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk, 21, 3-2.

Pingat emas keempat kontinjen negara itu dijelmakan pemain nombor 37 dunia berusia 24 tahun itu dengan kemenangan 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10 ke atas pemain berstatus 43 itu dalam pertarungan lima set yang mendebarkan.

Sivasangari yang terlepas peluang membawa pingat emas dari Sukan Komanwel Birmingham 2022 England sebelum ini selepas terlibat dalam kemalangan kereta, ternyata berjaya menampilkan kebangkitan memukau dalam perlawanan akhir itu.

Sivasangari sebelum ini mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir final acara perseorangan wanita selepas mengejutkan pemain nombor 18 dunia, Jepun, Satomi Watanabe 3-0 (11-8, 11-8, 11-4).

Kem skuasy negara sebelum itu merangkul perak dalam acara beregu campuran yang pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia menerusi Syafiq Kamal-Aifa Azman selepas tewas kepada gandingan dari India, Sandhu Harinder Pal Singh-Karthik Dipika Pallikal, 2-0 (11-10,11-10).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!