Dr Mahathir terus main peranan sebagai negarawan: Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO BERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO BERNAMA
A
A
A

BANGI - Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Digital Native Agenda” di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, diminta mengulas mengenai ulang tahun pertama beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei.

Mengenai pelan peralihan kepimpinan, Anwar berkata apa-apa perkara mengenai pelan peralihan perlu dibincangkan antara beliau dan Dr Mahathir seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Soal tarikh (peralihan kuasa) dan sebagainya, biar beliau (Dr Mahathir) bincang dengan saya, saya tiada masalah," kata Anwar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!