Insiden Siam Paragon: Thailand semak semula undang-undang kawalan senjata api

Kejadian tembakan di pusat beli-belah melibatkan seorang remaja baru-baru ini.
Kejadian tembakan di pusat beli-belah melibatkan seorang remaja baru-baru ini.
A
A
A

MOSCOW - Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikan berikutan kejadian tembakan di pusat beli-belah yang dilakukan oleh seorang remaja baru-baru ini, lapor Sputnik.

Pada Selasa, dua orang terbunuh manakala lima lagi cedera ditembak remaja berusia 14 tahun di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok.

"Mulai sekarang, orang ramai tidak seharusnya dibenarkan membawa senjata api atas kehendak mereka sendiri,” Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul dipetik akhbar Bangkok Post pada Khamis sebagai berkata.

Hanya individu yang diberi kuasa harus dibenarkan membawa senjata di khalayak ramai, katanya.

Pada Rabu, Kementerian Luar Thailand memaklumkan ia akan mewujudkan pusat operasi kecemasan untuk menyelaras tindakan dengan kedutaan asing di Thailand bagi menangani insiden berbahaya yang boleh membahayakan warga asing.

Pada 2022, terdapat 2,804 kematian berkaitan senjata api di Thailand, dengan kadar kematian membabitkan senjata api adalah 3.91 bagi setiap 100,000 orang, negara itu berada di kedudukan ke-15 global, lapor media Thailand. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!