Piala Cabaran: PDRM mudah atasi Kuala Lumpur Rovers

Pemain PDRM meraikan jaringan ketika berdepan Kuala Lumpur Rovers dalam aksi timbal balik kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pafa Khamis. - Foto PDRM FC
Pemain PDRM meraikan jaringan ketika berdepan Kuala Lumpur Rovers dalam aksi timbal balik kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pafa Khamis. - Foto PDRM FC
A
A
A

PDRM FC mengesahkan mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers 3-1 dalam perlawanan suku akhir timbal balik kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Khamis.

Kemenangan bergaya angkatan Datuk Yunus Aliff membolehkan The Cops mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2, selepas menang 2-1 dalam perlawanan pertama pada 19 September lalu.

Separuh masa pertama, The Cops tampil garang apabila memimpin perlawanan hasil jaringan Uche Agba (m-34) sebelum Fakrul Azim memastikan pasukannya kekal tenang menuju ke bilik persalinan dengan gol kedua minit ke-37.

James Okwousa kemudian melebarkan kedudukan The Cops ketika perlawanan memasuki minit ke-59 untuk pasukan memimpin perlawanan 3-0.

KL Rovers yang tidak mengalah berusaha bangkit, namun ketumpulan penyudah sering mengagalkan percubaan skuad ibu kota tersebut.

Namun kerja keras para pemain Kuala Lumpur Rovers akhirnya berbalas apabila berjaya merapatkan defisit menerusi sentuhan penyudah Rafie Mat Yacob yang meledak jaringan pada minit ke-61.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!