Kalau lesen rumah urut, urutlah betul-betul!

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

MERAK JALANAN setuju sangat dengan keputusan Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar (PTDKS) dan Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) yang tidak akan lagi mengeluarkan lesen baru rumah urut berkuat kuasa serta-merta.

Kebanjiran rumah urut di kawasan Lembah Klang termasuk Selangor bukan sesuatu yang baru.

Lambakan premis itu dilihat menjadi punca penyakit sosial baru dalam masyarakat. Barangkali orang Malaysia memang suka berurut.

Kalau betul menawarkan khidmat urut tidak mengapa tetapi ada premis yang menawarkan khidmat lain seperti seks.

Dari luar, kelihatan seperti rumah urut biasa namun ramai yang tidak tahu bahawa yang diniagakan bukan hanya urutan, malah si tukang-tukang urut juga turut didagangkan.

Kita bimbang jika golongan belia turut terjebak dalam aktiviti tidak bermoral tersebut apabila mereka mengunjungi premis berkenaan.

Yang mengurut pula kebanyakannya wanita warga asing. Merak Jalanan difahamkan mereka merupakan pekerja seks yang menggunakan muslihat dan kecantikan untuk membuat lelaki melanggan khidmat mereka yang ternyata bukan hanya khidmat urutan.

Ini tidak betul. Orang kita pun satu hal. Kalau nak urut, urut sajalah. Tak perlu nak minta servis seks, urutan batin, pingpong atau sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Sudahlah menawarkan perkhidmatan yang tidak sah, lesen perniagaan pun tidak ada. Beroperasi secara haram.

Merak Jalanan pernah dengar orang kata, berniaga ‘lendir’ memang menguntungkan. Malah, pelacuran adalah peniagaan paling tua di dunia!

Merak Jalanan mengharapkan agar PBT di negeri-negeri lain dapat ikut tindakan dua PBT di Kedah itu.

Merak Jalanan nak nasihatkan, kalau betul-betul nak urut, boleh jumpa Pak Din atau Wak Embun yang menawarkan khidmat urut tradisional.

Comfirm tak ada kong kali kong.