Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam

Perubahan gaji bulanan mengikut peringkat gred dapat mengurangkan risiko terdedah dengan rasuah. - Foto Bernama
Perubahan gaji bulanan mengikut peringkat gred dapat mengurangkan risiko terdedah dengan rasuah. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Gaji sektor awam perlu distrukturkan semula supaya ia dapat mengurangkan kes rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Yang di-Pertua IKRAM Kuala Lumpur, Zainal Adnan berkata, perubahan gaji bulanan mengikut peringkat gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan tersebut dengan menggunakan alasan gaji rendah.

“Perubahan gaji perlu lebih setimpal agar mereka tidak memasang niat untuk mendapatkan pendapatan lain seperti rasuah.

“Dengan gaji mencukupi, mereka tidak akan membuat perkara tidak sepatutnya untuk memenuhi kehendak masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, pihak kerajaan perlu meningkatkan penggunaan sistem digital di sektornya dalam proses permohonan perkhidmatan bagi mengurangkan komunikasi fizikal kakitangan dan orang awam.

“Dengan tindakan ini, ia boleh mengurangkan dan menghapuskan gejala rasuah kerana mereka tidak akan berbual antara satu sama lain lebih-lebih lagi jika bukan urusan kerja,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!