Nenek 104 tahun buat terjunan udara sambut hari jadi
CHICAGO - Seorang warga emas berusia 104 tahun dari Chicago berjaya membuktikan bahawa umur hanya sekadar nombor apabila berjaya melakukan terjunan udara.
Dorothy Hoffner melompat keluar dari kapal terbang pada Ahad lalu dan menjadi salah seorang individu paling tua bakal direkodkan dalam Guinness World Record.
Semasa berada dalam pesawat tersebut, Hoffner kelihatan memakai sut pakaian payung terjun dan mula melakukan terjunannya.
"Ia sangat menyeronokkan dan damai apabila payung terjun terjatuh atas anda selepas mendarat.
"Anda boleh melihat seluruh kawasan luar bandar ini. Ia sangat cantik sekali," katanya yang memberitahu CNBC Make It.
Syarikat Skydive Chicago memuat naik video nenek tersebut sebagai cubaan memecahkan rekod dunia sebagai wanita paling tua melakukan terjunan itu.
Kapyen bertulis ' Sungguh menakjubkan apabila membantu rakan kami berusia 104 tahun, Dorothy Hoffner menjadi individu tertua di dunia melakukan terjunan payung terjun. Dia mengingatkan kita semua pada Ahad lalu bahawa usia hanyalah nombor'.
Difahamkan ia bukan kali pertama dilakukan nenek ini. Semasa hari lahir ke 100, Hoffner pernah melakukan terjunan pertamanya.
Empat tahun selepas itu, dia melakukan semula selepas berjaya mendarat dengan selamat.
Menurut wakil dari Skydive Chicago, Hoffner mungkin akan dinobatkan sebagai warga emas pertama melakukan lompatan payung terjun tersebut.
"Jika mendapat peluang, cepat lakukannya dan ia tidak menakutkan," katanya.
Rekod sebelum ini juga dipegang seorang wanita berusia 103 tahun. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!