Liverpool mudah benam Saint Gilloise

Jota meledak gol dalam kemenangan Liverpool ke atas Saint Gilloise. - Foto AFP
Jota meledak gol dalam kemenangan Liverpool ke atas Saint Gilloise. - Foto AFP
A
A
A

GOL Ryan Gravenberch dan Diogo Jota membolehkan Liverpool menang 2-0 di tempat sendiri ke atas kelab Belgium, Union Saint Gilloise pada aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat, sekali gus membolehkan mereka berada di kedudukan teratas Kumpulan E.

Tuan rumah mendahului seminit sebelum rehat ketika Gravenberch dengan tenang menjaringkan gol dari jarak dekat selepas bola gagal diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Union, Anthony Moris.

Jota memastikan kemenangan dua minit sebelum masa kecederaan apabila dia mengambil kesempatan daripada serangan balas dan menewaskan Moris dalam kotak penalti.

Liverpool mendahului kumpulan dengan enam mata dan Union berada di kedudukan ketiga dengan satu mata.

Bagi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya boleh melakukan yang lebih baik.

“Kami kehilangan sedikit rentak dan memberikan terlalu banyak set-piece.

"Sepatutnya kami mempunyai lebih banyak hala tuju tetapi kami menggunakan setiap peluang yang ada dan saya fikir kami benar-benar matang dan profesional tetapi kami boleh menjadi lebih baik dalam banyak perkara," katanya.

Dalam pada itu, Bayer Leverkusen memperoleh kemenangan 2-1 ke atas juara Norway Molde hasil dua gol dalam masa empat minit.

Artikel Berkaitan:

Mereka mengungguli Kumpulan H dengan enam mata berkongsi kedudukan bersama pasukan Azerbaijan, Qarabag yang meraih kemenangan 1-0 di Hacken.

Naib juara Liga Europa 2022-23, AS Roma mengetepikan kelab Switzerland Servette melalui gol Romelu Lukaku, Andrea Belotti dan Lorenzo Pellegrini dalam kemenangan 4-0 di laman sendiri.

Villarreal pula memperoleh mata pertama kempen dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Stade Rennais.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!