Kecederaan tidak gugat tempat Messi dalam skuad Argentina
ARGENTINA memanggil Lionel Messi untuk aksi kelayakan Piala Dunia akan datang walaupun dia berada dalam senarai kecederaan di kelabnya iaitu Inter Miami.
Messi terlepas perlawanan ketika Miami tewas 1-4 kepada Chicago pada Rabu selepas masih bergelut dengan tahap kecergasannya.
Dia hanya bermain selama 37 minit untuk kelab itu sejak 3 September lalu.
Argentina akan menerima kunjungan Paraguay pada 13 Oktober dan kemudian bertandang menentang Peru lima hari kemudian dalam kelayakan zon Amerika Selatan untuk kejohanan Piala Dunia 2026.
Pengendali Miami, Gerardo Tata Martino ketika ditanya mengenai keadaan Messi menjelang perlawanan menentang Cincinnati pada Ahad menegaskan pemain itu menunjukkan perkembangan baik.
“Saya rasa dia semakin hampir untuk bermain semula.
Kami berkata, kami akan menilai dia... untuk melihat sama ada dia berada dalam keadaan sesuai untuk bermain.
“Perkara yang paling penting ialah dia mengatasi kecederaannya dan perlahan-lahan menemui prestasi terbaiknya.
Kita akan lihat apa yang terbaik menjelang perlawanan seterusnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!