KPKM terima kunjungan hormat ERIA

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Tuan Chan Foong Hin dan Presiden Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Professor Tetsuya Watanabe.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Tuan Chan Foong Hin dan Presiden Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Professor Tetsuya Watanabe.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Chan Foong Hin menerima kunjungan hormat daripada Presiden Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Professor Tetsuya Watanabe semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan pada 4 Oktober lalu.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi tersebut adalah pertemuan pertama antara kedua pihak untuk membincangkan cadangan penyelidikan dan polisi yang berkaitan.

Menurutnya, ERIA merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang bekerjasama dengan

Sekretariat ASEAN serta institut penyelidikan dari kawasan Asia Timur untuk menyediakan pelan cadangan polisi dan analisa penyelidikan.

“Melalui pertemuan ini, ERIA menjemput Malaysia bekerjasama dalam melaksanakan kajian penyelidikan berkaitan sektor pertanian dan makanan.

“Selaku tuan rumah, kementerian melipatgandakan komitmen dalam usaha memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Azah Hanim Ahmad, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan wakil daripada Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Tambah kenyataan itu, AMAF kali ini menetapkan sasaran untuk mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ menerusi kerjasama tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sinar harian pada Khamis melaporkan, negara ASEAN sebulat suara untuk mengutamakan negara anggotanya berhubung soal keselamatan makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu diputuskan menerusi pertemuan dalam AMAF ke-45.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!