Remaja direman liwat anak asuhan ibunya
Remaja direman seminggu selepas didakwa meliwat seorang kanak-kanak.
A
A
A
Perintah reman itu di dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas remaja berusia 15 tahun itu.
Suspek dibawa ke mahkamah lebih kurang jam 10 pagi tadi, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Difahamkan suspek ditahan di rumahnya di Taman Rembia Setia selepas dipercayai meliwat mangsa yang juga merupakan anak asuhan ibunya sejak mangsa berusia tujuh bulan.
Laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa berumur 41 tahun selepas kejadian terbabit dimaklumkan oleh anak keduanya berusia enam tahun yang turut diasuh di rumah sama.
Mangsa turut mengadu kepada ibunya suspek melakukan perbuatan itu ke dalam dubur selepas mengambilnya dari rumah pengasuh, Khamis lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!