Dilema banjir kilat sejak 20 tahun bakal selesai

Abdul Yunus (tiga dari kiri) dan Razman(tiga dari kiri) bersama-sama turun padang meninjau permasalahan sistem perparitan sempit di kawasan berhadapan Sekolah Menengah Agama Ehya As-Sharif, Gunong Semanggol hari ini.
Abdul Yunus (tiga dari kiri) dan Razman(tiga dari kiri) bersama-sama turun padang meninjau permasalahan sistem perparitan sempit di kawasan berhadapan Sekolah Menengah Agama Ehya As-Sharif, Gunong Semanggol hari ini.
A
A
A

GUNUNG SEMANGGOL - Masalah banjir kilat yang sering melanda Pekan Semanggol, di sini sejak 20 tahun lalu dijangka akan diselesaikan dalam masa terdekat.

ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria berkata, masalah banjir kilat di pekan Gunung Semanggol sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu dan masih menghantui sebahagian besar penduduk di sini.

Menurutnya, sistem perparitan yang sudah lama dan sempit menjadi punca banjir kilat selain aliran takungan air dari Gunung Semanggol, lebih-lebih lagi pekan Semanggol sudah mengharungi pembangunan pesat.

"Apabila berlakunya hujan lebat lebih dua jam, air dari bukit turun dalam masa singkat menyebabkan pekan ini akan dipenuhi dengan air yang akan memasuki keseluruhan rumah kedai di kawasan pekan.

"Lebih malang hujan lebat turut menyebabkan beberapa kampung dinaiki bah seperti Kampung Balik Bukit dan Kampung Kubu Gajah di sini," katanya kepada media di sini hari ini.

Razman bagaimanapun menyambut baik inisiatif Exco Kemudahan Awam, Infrastrutruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari mengadakan lawatan ke lokasi kerap banjir itu semalam dan berjanji untuk membantu menyelesaikannya dalam masa terdekat.

Abdul Yunus yang turut mengadakan lawatan ke kawasan perparitan berhadapan Sekolah Menengah Agama Ehya As-Sharif, Gunong Semanggol bersama Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Kerian baharu, N Kuganeswaran.

Sementara itu, Abdul Yunus menjelaskan sistem perparitan sedia ada di kawasan pekan Semanggol di sini perlu diperbesarkan bagi membolehkan air hujan mengalir bagi mengelakkan berlaku banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan turun sekali lagi ke kawasan ini dengan wakil Majlis Daerah Kerian (MDK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana mungkin sistem perparitan itu di bawah bidang kuasa PBT ataupun JPS," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Yunus mengumumkan Kerajaan Perak memperuntukkan lebih RM1 juta bagi melaksanakan tiga projek menaik taraf jalan dan longkang di kawasan Simpang Empat Jalan Sungai Bakau, Pekan Tanjung Piandang dan Jalan Kerian-Semanggol.

Menurutnya, ketiga-tiga projek itu sedang dijalankan dan dijangka siap tidak lama lagi.

"Kebanyakan masalah jalan dan longkang di kawasan itu adalah isu lama dan apabila kerajaan PH mengambil alih kerajaan, kita turun untuk menyelesaikan masaslah yang dihadapi rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!