190 cedera Taufan Koinu badai Taiwan

Pekerja membaiki talian elektrik rosak yang dibawa oleh taufan Koinu di daerah Pingtung, Selatan Taiwan. - Foto EPA
Pekerja membaiki talian elektrik rosak yang dibawa oleh taufan Koinu di daerah Pingtung, Selatan Taiwan. - Foto EPA
A
A
A

ANKARA - Kira-kira 190 orang cedera selepas Taufan Koinu membawa angin kencang dan hujan lebat di selatan Taiwan, menyebabkan penangguhan aliran trafik udara dan maritim, lapor media tempatan pada Khamis.

"Di antara 190 yang cedera ialah tujuh pemandu kenderaan dan penunggang skuter di Daerah Chiayi yang terbabit dalam kemalangan dengan pokok tumbang akibat angin kencang," lapor Agensi Anadolu memetik Taiwan Focus yang merujuk pusat operasi kecemasan Chiayi sebagai berkata.

Lebih 62,300 rumah dan premis perniagaan masih terputus bekalan elektrik dan kira-kira 42 penerbangan antarabangsa dan 182 penerbangan domestik telah dibatalkan atau ditangguhkan.

Banyak papan tanda turut dirakam bertaburan di sepanjang jalan dan lorong di destinasi pelancongan popular Kenting, menurut laporan Fact Focus.

Sementara itu, pihak berkuasa China juga mengumumkan penutupan sekolah di Guangdong, wilayah tepi pantai di tenggara China, kerana taufan itu dijangka melanda bandar Shantou pada Jumaat, lapor Global Times yang dikendalikan kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!