LBS, MGB bakal terajui bidang tenaga boleh diperbaharui

Kerjasama ini bagi meningkatkan penggunaan bidang tenaga boleh diperbaharui sekali gus mempromosikan pembangunan program solar berskala besar yang berinovatif.

A
A
A

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (lima dari kiri), Datuk Sri Huang Tiong Sii, bersama Tan Sri Ir Lim Hock San (empat dari kiri), Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (tiga dari kiri), Ts Shamsul Bahar Mohd Nor (empat dari kanan), dan barisan pengurusan kanan syarikat terlibat di Majlis pertukaran dokumen yang berlangsung di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (lima dari kiri), Datuk Sri Huang Tiong Sii, bersama Tan Sri Ir Lim Hock San (empat dari kiri), Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (tiga dari kiri), Ts Shamsul Bahar Mohd Nor (empat dari kanan), dan barisan pengurusan kanan syarikat terlibat di Majlis pertukaran dokumen yang berlangsung di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Syarikat pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) dan anak syarikatnya MGB Berhad (MGB) akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Malaysia Green Technology dan Climate Change Corporation (MGTC) dalam projek merevolusikan landskap tenaga solar.

Kolaborasi ini mewujudkan satu konsortium yang terdiri daripada LBS, MGB, Midwest Green Sdn Bhd (MWG) dan MGTC bagi mengintegrasikan teknologi hijau canggih ke dalam evolusi ladang solar yang merangkumi teknologi Pengawalan Penyimpanan Karbon (CCS), pertanian dan penuaian air.

Konsortium ini mewakili kepentingan untuk meningkatkan penggunaan bidang tenaga boleh diperbaharui sekali gus mempromosikan pembangunan program solar berskala besar yang berinovatif.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San, merangkap Naib Pengerusi Eksekutif MGB, berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama MGTC di dalam era baru kelestarian tenaga boleh diperbaharui itu.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

“Menerusi kolaborasi ini, kumpulan kami dapat memperkukuhkan kepakaran di samping berpeluang untuk mempelopori sektor ladang tenaga solar.

Artikel Berkaitan:

“Gandingan ini bakal merealisasikan masa depan berteknologi tenaga boleh diperbaharui yang lebih mesra alam. Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan mampan dan bersepadu serta tanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan kekuatan utama kami dalam usaha ini,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemilihan Solarvest Holdings Bhd sebagai kontraktor Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan selaras dengan hasrat konsortium yang bercita-cita tinggi untuk melaksanakan program di skala yang besar.

No Image Caption

“Projek ini akan mentakrifkan semula piawaian industri di samping menawarkan pelan hala tuju yang lebih hijau dan mampan. Kerjasama ini mewakili komitmen kumpulan untuk memacu perjalanan organisasi bagi mencapai matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan meningkatkan usaha kemampanan sekali gus membantu menempatkan kami sejajar dengan rangka kerja Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kerajaan Malaysia.

“Inilah usaha kami bagi membina asas untuk Malaysia yang lebih hijau dan mampan bagi generasi akan datang,”katanya.

Majlis pertukaran dokumen itu telah disaksikan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii yang berlangsung di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

No Image Caption

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, Pengarah Urusan Kumpulan Solarvest Holdings Berhad, Lim Chin Siu dan Ketua Pengarah Utiliti Komersialnya, Windsor Khor Thiam Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Ts Shamsul Bahar Mohd Nor dan Pengarah-Pengarah MWG, Datuk Alvin Lam Lip Shyan dan Datuk Edward Chew Chun Hoe.

MGTC merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diberi mandat untuk memacu inisiatif Pertumbuhan Hijau, Mitigasi Perubahan Iklim dan Gaya Hidup Hijau negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!