Rancangan budak rompak kiosk guna senapang mainan gagal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HAMBURG - Rancangan dua kanak-kanak bertopeng bersenjatakan senapang patah mainan untuk merompak sebuah kiosk di stesen kereta api di sebuah bandar kecil di timur laut Jerman, digagalkan oleh polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Aksi kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 14 tahun itu dikesan oleh orang awam yang lalu-lalang di stesen di Neubrandenburg pada Khamis.

Apabila polis tiba dengan lampu berkelip, budak lelaki itu dengan cepat menanggalkan topeng mereka dan duduk di bangku dengan harapan dilihat tidak mencurigakan, menurut polis.

Tetapi apabila pegawai polis menyoal kanak-kanak itu, mereka mengaku budak lelaki berusia 10 tahun tersebut ingin merompak kiosk di stesen berkenaan dan memujuk rakannya yang lebih tua untuk menyertainya, menurut polis.

Semasa pemeriksaan terhadap kedua-dua mereka, polis menemui senjata mainan dan pisau.

Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis, di mana mereka diambil oleh penjaga mereka, kata polis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!