Sindiket judi dalam talian: Remaja 14 tahun antara 7 individu ditahan

Transaksi kemasukan kredit bagi sindiket perjudian ini dianggarkan sekitar RM13 juta sebulan dan dipercayai mula beroperasi sejak April 2023 - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Zam Halim)
Transaksi kemasukan kredit bagi sindiket perjudian ini dianggarkan sekitar RM13 juta sebulan dan dipercayai mula beroperasi sejak April 2023 - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Zam Halim)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Remaja berumur 14 tahun antara tujuh individu dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan judi dalam talian diberkas menerusi serbuan di dua unit kondominium di Salak Selatan, Cheras dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek lelaki warga tempatan itu diberkas menerusi serbuan dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

"Hasil risikan yang dijalankan, dua unit kediaman rerbabit dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan penipuan dalam talian.

"Seramai tujuh lelaki warga tempatan berumur lingkungan 14 hingga 40 tahun ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan judi dalam talian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan turut mendapati premis terbabit digunakan untuk mempromosikan judi dalam talian dengan menyasarkan warga tempatan dan asing.

"Transaksi kemasukan kredit bagi sindiket perjudian ini dianggarkan sekitar RM13 juta sebulan dan dipercayai mula beroperasi sejak April 2023.

"Turut dirampas menerusi serbuan dijalankan adalah 14 unit monitor, tujuh unit CPU, 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga unit modem," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen120(B) / 420 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang mencurigakan melibatkan sindiket seperti ini melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!