Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Eain Yow, Sivasangari
Menerusi perkongsian di laman Instagram Istana Negara hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.
Eain Yow, perseorangan lelaki negara meraih pingat emas selepas menewaskan Saurav Ghosal dari India 9-11, 11-9, 11-5, 11-7 dalam pertarungan selama 72 minit.
Kemenangan tersebut menamatkan kemarau 13 tahun untuk merangkul gelaran juara perseorangan lelaki selepas Ong Beng Hee pada 2002 dan 2006 serta Mohd Azlan Iskandar pada edisi 2010.
Sementara itu, Sivasangari meraih emas dalam acara final perseorangan wanita selepas mengatasi bintang Hong Kong, Chan Sin Yuk 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10 dalam pertarungan selama 64 minit.
-- LAGI
AGONG-TAHNIAH (SUKAN ASIA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pingat yang dimenangi pemain ranking ke-37 dunia dan lebih mesra disapa sebagai Sangari itu merupakan emas kedua buat dirinya selepas membantu skuad wanita negara merangkul emas dalam acara berpasukan, Sabtu lepas.
Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran 27 pingat dengan lima emas, enam perak dan 17 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan pingat setakat 2 petang ini sebanyak 28 pingat.
Sukan Asia Hangzhou berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
-- BERNAMA
TAG: Agong, Permaisuri, tahniah, Sukan Asia, pingat emas, skuasy, Ng Eain Yow, S. Sivasangari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!