Kerajaan tiada niat ambil hak harta pusaka beku

Tangkap layar mengenai kandungan video tular yang dimuat naik oleh MOF di Facebook pada Jumaat.
Tangkap layar mengenai kandungan video tular yang dimuat naik oleh MOF di Facebook pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tajuk video tular mengenai harta pusaka bertentangan dengan kandungannya malah menjadi fitnah tidak berasas terhadap kerajaan.

Menurutnya, kandungan tersebut datang daripada pengasas sebuah syarikat amanah swasta yang tidak dimiliki kerajaan.

“Perlu difahami bahawa kerajaan tidak mempunyai niat mengambil harta pusaka beku untuk menjadi haknya.

“Syarikat tersebut memberikan cadangan kepada kerajaan untuk memperkenalkan insentif kepada waris-waris menuntut harta pusaka terbeku yang kini mencecah RM70 bilion,” jelas kementerian itu menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, kandungan video terbabit tular sehingga mendapat perhatian warganet kerana kerajaan menyentuh soal harta pusaka dan bakal dibentangkan sebagai cadangan dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober nanti.

Kementerian tersebut turut menyatakan, cadangan yang diketengahkan syarikat itu adalah supaya harta pusaka terbabit boleh dipulangkan semula kepada rakyat.

“Daripada tersekat dan dibiarkan, harta pusaka ini sekali gus pulang ke dalam kitaran ekonomi dan menyumbang kepada hasil negara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!