Ahli Parlimen lompat parti khianati rakyat: Nurul Izzah

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Cerita Ahli Parlimen Umno keluar parti dan melompat masuk ke parti lain terus dibantah ramai pihak termasuk pemimpin dari PKR.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan menyifatkan mandat diberikan rakyat pada 9 Mei lepas seolah-olah telah dikhianati.

Meluahkan perasaan melalui ciapan di Twitter beliau, Nurul Izzah menegaskan tindakan lompat parti umpama menghina ahli-ahli serta penyokong yang selama ini begitu setia mendokong mereka.

“Parti kami juga pernah berdepan situasi tidak menentu sebelum ini dengan unsur pembelotan.

“Sudah tentu tidak sesekali mahu kesakitan itu sekali berulang sekali untuk pihak lain.

“Tidak ada makna demokrasi seandaiya negara ini terus dikuasai oleh golongan ‘elit’ yang berterusan berpolitik seperti ini,” tulisnya.

Baru-baru ini, ramai pemimpin Umno mengumumkan keluar parti dengan alasan tidak nampak hala tuju parti dipimpin Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, beberapa pemimpin sebelum ini seperti Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sah menyertai Bersatu selepas keluar Umno.

Situasi itu pantas menjadi buah mulut dengan beberapa pemimpin terutamanya dari DAP dan PKR meluahkan rasa kurang senang dengan perkembangan itu.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!