Aktivis Iran, Narges Mohammadi menang Hadiah Nobel Keamanan

Narges - Foto AFP
Narges - Foto AFP
A
A
A

OSLO - Hadiah Nobel Keamanan tahun ini telah dianugerahkan kepada aktivis Iran yang dipenjarakan, Narges Mohammadi.

Narges yang merupakan salah seorang aktivis hak asasi manusia terkemuka Iran, aktif berkempen untuk hak wanita dan pemansuhan hukuman mati.

Kemenangannya diumumkan pada Jumaat oleh Jawatankuasa Nobel Norway.

“Jawatankuasa Nobel Norway telah memutuskan untuk menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan 2023 kepada Narges Mohammadi atas perjuangannya menentang penindasan wanita di Iran dan perjuangannya untuk mempromosikan hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan mereka.

Narges sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana didakwa menyebarkan propaganda terhadap negara.

Menerusi Instagram rasmi, keluarganya berkata anugerah itu adalah penghormatan untuk semua rakyat Iran, "terutamanya kaum wanita Iran yang berani memperjuangkan kebebasan dan kesaksamaan".

Narges adalah wanita Iran kedua yang memenangi Hadiah Keamanan Nobel, selepas aktivis hak asasi manusia, Shirin Ebadi memenangi anugerah itu pada 2003.

Beliau adalah wanita ke-19 memenangi anugerah itu dan yang pertama sejak Maria Ressa dari Filipina memenanginya pada 2021 bersama-sama dengan Dmitry Muratov dari Rusia.

Artikel Berkaitan:

Tahun lepas, Hadiah Keamanan diberikan kepada trio; Kumpulan Hak Asasi Rusia, Memorial, Pusat Kebebasan Sivil Ukraine dan peguam bela hak Belarus yang dipenjarakan, Ales Bialiatski.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!