Negara ASEAN sedia bantu Malaysia, rakan serantau tangani isu beras - Mohamad

Mohamad ditemui selepas Mesyuarat Kelapan Mengenai Kerjasama SPS sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) Ke-45 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Mohamad ditemui selepas Mesyuarat Kelapan Mengenai Kerjasama SPS sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) Ke-45 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Negara anggota ASEAN bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.

Beliau berkata, keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung di sini, sejak 2 Oktober lepas dan melabuhkan tirainya hari ini.

"Kerjasama antara ASEAN misalnya kalau kita menghadapi masalah beras, negara anggota ASEAN akan mengutamakan sesama ASEAN terlebih dahulu. Vietnam, Kemboja dan Thailand juga menyatakan sebarang permintaan baharu penambahan import dan sebagainya, mereka akan mempertimbangkan.

Begitu juga hubungan kita dengan China, tadi pihak kastam China hendak mencari jalan bagaimana mempermudahkan dagangan antara ASEAN dengan China. Begitu juga Jepun dan Korea Selatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat dan pertemuan bersama Kemboja dan China sempena AMAF hari ini.

Mengulas mengenai sesi AMAF yang berlangsung selama lima hari itu, Mohamad berkata, mesyuarat berkenaan telah berlangsung secara lancar serta mengikut agenda yang dijadualkan dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya.

Malaysia menjadi tuan rumah AMAF ke-45, dalam usaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN sebagai "bakul makanan dunia” selain memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.

Ia disertai negara anggota ASEAN yang terdiri dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam bersama China, Jepun dan Korea Selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!