Man On The Run dedah skandal 1MDB

Antara babak dalam Man Of The Run.
Antara babak dalam Man Of The Run.
A
A
A

PENDEDAHAN skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) amat menggemparkan negara dan turut mendapat perhatian dunia.

Dek pendedahan itu, bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta seorang individu yang masih diburu iaitu Jho Low, menjadi perhatian utama.

Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari telah dihasilkan berjudul Man On The Run (MOTR).

Pengarah MOTR, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem dokumentari itu kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB.

Poster rasmi Man On The Run.
Poster rasmi Man On The Run.

“Walaupun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam.

“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” ujarnya.

MOTR mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB.

Jho Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion duit ke dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street.

Filem ini akan mendedahkan banyak perkara berkaitan Jho Low.
Filem ini akan mendedahkan banyak perkara berkaitan Jho Low.

‘Penyelidikan’ yang dilakukan oleh Cassius Michael Kim ini membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini.

Menurut Cassius, antara yang menarik dalam MOTR ini apabila pihaknya dapat membuat temu bual dengan individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat cabaran apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemu bual untuk menjayakan filem dokumentari ini atas sebab-sebab tertentu.

“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Datuk Seri Najib sendiri.

Temu bual bersama Najib turut dimuatkan dalam dokumentari filem ini.
Temu bual bersama Najib turut dimuatkan dalam dokumentari filem ini.

“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,” jelasnya.

Filem dokumentari MOTR akan ditayangkan di pawagam pada 19 Oktober depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!