Konsert Galau gabung penyanyi tiga negara serantau

Barisan artis yang bakal memeriahkan Konsert Galau pada 9 dan 16 Disember depan.
Barisan artis yang bakal memeriahkan Konsert Galau pada 9 dan 16 Disember depan.
A
A
A

PENYANYI dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura.

Lebih istimewa, konsert tersebut bakal menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv dan Kangen Band.

Artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks manakala Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.

“Kehadiran Noah kali ini adalah khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan. Ini bermakna, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan,” ujarnya.

Tidak hanya menjanjikan persembahan mantap, Sufi turut menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.

Jelasnya, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember di Singapore Expo itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.

“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja, tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.

Artikel Berkaitan:

“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.

“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,” katanya.

Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.

Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman 'Galau' yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.

Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168 dan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!