PRK Pelangai: Yakin 100 peratus menang - Cikgu Kasim

Kasim membuang undi SMK Chemomoi di Bentong pada Sabtu.
Kasim membuang undi SMK Chemomoi di Bentong pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - Calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat menyatakan keyakinan 100 peratus untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan maklum balas pengundi hasil ziarah rumah ke rumah sepanjang 14 hari berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

"Saya belum jumpa lagi yang negatif terhadap kehadiran saya malahan mereka menyatakan sokongan padu kepada PN kali ini," katanya ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi, di sini pada Sabtu.

Kasim atau mesra dengan penggilan Cikgu Kasim tiba pada jam 8.20 pagi dan selesai membuang undi 10 minit kemudian.

Beliau hadir dengan berpakaian berbaju melayu putih lengkap bersampin diiringi isteri yang turut membuang undi.

Dalam pada itu beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi antara 65 hingga 75 peratus.

"Kita yakin menang jika peratusan keluar mengundi mencapai sasaran," katanya.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Pertandingan merebut kerusi tersebut menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Selain Cikgu Kasim, BN meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam dan seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga bertanding.