PRK Pelangai: Pengundi muda keluar awal ‘pangkah’ calon pilihan

Nur Amira Farhana sedang bersedia untuk membuang undi di saluran tiga di Pusat Mengundi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
Nur Amira Farhana sedang bersedia untuk membuang undi di saluran tiga di Pusat Mengundi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - Pengundi muda dilihat bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai bagi memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, walaupun pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi, namun sebahagian besar daripada mereka telah datang lebih awal untuk membuang undi.

Nur Amira Farhana Roslan, 22, mengakui dia masih gementar untuk membuang undi walaupun sudah dua kali berbuat demikian sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

"Kita berdebar sebab menjadi individu pertama mengundi di kawasan ini. Jadi, saya datang awal pagi kerana ada urusan lain selepas ini.

Dari kiri: Nur Amira Farhana, Danial Zulhasril, dan Mohd Zulshahmi Md Nor
Dari kiri: Nur Amira Farhana, Danial Zulhasril, dan Mohd Zulshahmi Md Nor



"Jadi, biarlah pilihan kami mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan barisan kepimpinan negeri yang tahu menjaga kebajikan dan memahami aspirasi anak muda," katanya ketika ditemui di luar pusat pengundian di SMK Seri Pelangai dekat sini pada Sabtu.

Bagi Danial Zulhasril Fitri, 22, pula, dia mengakui tidak sabar untuk keluar mengundi awal kerana mahu memilih calon pilihannya.

Ujarnya, disebabkan itu dia memilih untuk datang awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Waktu pagi orang datang tidak ramai, jadi kita senang hendak beratur dan cepat untuk pangkah undi.

Danial Zulhasril individu kedua membuang undi di saluran ketiga di Pusat Mengundi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
Danial Zulhasril individu kedua membuang undi di saluran ketiga di Pusat Mengundi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu.

"Saya teruja untuk mengundi kerana ingin memberi isyarat jelas bahawa kami anak muda juga mempunyai kuasa menentukan hala tuju negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zulshahmi Md Nor, 22, turut mengakui tidak sabar untuk keluar mengundi awal pada Sabtu.

Jelasnya, tempoh dua minggu berkempen ini dirasakan lama kerana mahukan calon pilihan menang.

"Mengundi sudah, jadi lepas ini kita hanya menantikan detik pengumuman calon pilihan diangkat sebagai pemenang malam nanti.

"Saya harapkan pemimpin yang dipilih dapat memajukan DUN Pelangai bagi keselesaan penduduk di sini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!