Tiada lesen, warga Pakistan selamba pandu lori laju secara zig-zag

Warga Pakistan yang ditahan di MRR2 pada Jumaat.
Warga Pakistan yang ditahan di MRR2 pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukan satu tetapi lima kesalahan dikesan dilakukan seorang warga Pakistan yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat.

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang berkata, lelaki Pakistan tersebut ditahan petugas dari stesen penguat kuasa (SPK) Gombak yang membuat rondaan di Kilometer 11.5 Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata, semasa ditahan dan pemeriksaan dilakukan, pemandu warga Pakistan itu didapati tidak mempunyai lesen memandu dan tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL).

"Selain itu, lesen kenderaan motor (LKM) dan permit daripada Puspakom didapati telah tamat tempoh.

"LKM lori yang dipandu oleh warga asing itu juga telah tamat tempoh sejak 12 April lalu tetapi insurans kenderaan itu masih hidup," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Eric berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati tayar lori yang dipandu juga telah haus berlebihan atau botak.

Anggota JPJ Kuala Lumpur memeriksa tayar sebuah lori dipandu warga asing dari Pakistan yang telah haus berlebihan atau botak semasa ditahan di MRR2 pada Jumaat.
Anggota JPJ Kuala Lumpur memeriksa tayar sebuah lori dipandu warga asing dari Pakistan yang telah haus berlebihan atau botak semasa ditahan di MRR2 pada Jumaat.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pemandu warga asing itu adalah lori tersebut jarang digunakan di lebuh raya dan hanya di pandu di kawasan tapak sekitar Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Artikel Berkaitan:

Pemandu warga asing itu katanya mendakwa lori tersebut dibawa keluar ke lebuh raya pada Jumaat untuk urusan membaik pulih di bengkel.

Ditanya adakah lori tersebut ditahan pihak JPJ kerana lebih muatan, Eric berkata, tiada muatan dibawa oleh lori tersebut, tetapi ia ditahan kerana dipandu laju dan pemandu melakukan pemanduan berbahaya iaitu memandu secara zig-zag.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!