'Buat jenayah, kita tangkap'

Allaudeen
Allaudeen
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas termasuk tangkapan akan diambil terhadap mana-mana warga asing yang didapati melakukan jenayah di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi berkaitan sebarang perilaku jenayah yang dilakukan oleh mana-mana individu termasuk warga asing.

"Soal warga asing melibatkan agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia terutamanya apabila berkait soal tiada dokumen sah atau pelbagai kesalahan imigresen lain, namun dari segi jenayah, sekiranya ada kita akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai dakwaan berkaitan pengemis warga asing di sekitar Bukit Bintang, jelas beliau, pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama melibatkan pelbagai agensi berkaitan perkara tersebut.

"Pemantauan sentiasa dijalankan selain kerjasama yang sedia terjalin antara agensi sentiasa diperkukuhkan bagi mengatasi perkara ini," katanya.

Pada Ahad, lapan individu warga asing dipercayai menjalankan kegiatan mengemis ditahan menerusi operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Bukit Bintang di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!