Arsenal kembali sebagai pencabar kejuaraan EPL

Arsenal akan berdepan City di Emirates pada Ahad. - Foto: AFP
Arsenal akan berdepan City di Emirates pada Ahad. - Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan Arsenal telah kembali sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertembungan penting kedua-dua pasukan di Stadium Emirates pada Ahad.

Arsenal yang ketika ini berada di kedudukan ketiga hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu City, menjadikan pertembungan hujung minggu ini sebagai detik penting dalam peringkat permulaan perebutan kejuaraan.

The Gunners mendahului untuk tempoh yang panjang musim lalu sebelum tersungkur pada minggu-minggu terakhir sekali gus membolehkan City meraih gelaran EPL ketiga berturut-turut mereka.

Bagaimanapun, Guardiola kagum dengan kebangkitan Arsenal di bawah bekas pembantunya Mikel Arteta dan menjangkakan mereka akan menjadi pencabar yang serius untuk tahun-tahun akan datang.

“Mereka adalah saingan terbesar musim lalu dan mereka akan memberikan saingan untuk tempoh yang panjang," katanya.

City menuju ke utara London dalam usaha untuk bangkit selepas rekod enam kemenangan liga berturut-turut juara itu berakhir dengan kekalahan mengejut di Wolves hujung minggu lalu.

Guardiola menegaskan keputusan pertembungan dengan Arsenal tidak akan menjadi penentu kerana saingan liga masih awal

“Keputusan ini tidak akan menentukan banyak perkara sebaliknya ia akan menjadi berbeza apabila mereka datang ke Etihad," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!