PRK Pelangai: 'Ini kali kedua saya mengundi'

Petugas SPR menolak kerusi Amim Fiktri bagi membolehkan dia membuang undi di saluran tiga di Pusat Mengundi SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
Petugas SPR menolak kerusi Amim Fiktri bagi membolehkan dia membuang undi di saluran tiga di Pusat Mengundi SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - Seorang orang kelainan upaya (OKU) pelbagai adalah antara pengundi paling awal tiba bagi membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai.

Amin Fiktri Idrus, 24, yang cacat fizikal iaitu tidak boleh berjalan tiba di pusat pengundian kira-kira jam 8.30 pagi dan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas pusat mengundi dibuka.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dan gembira kerana sekali lagi dapat melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

"Hari ini, saya bangun seawal jam 7.30 pagi dan meminta kawan menghantar saya ke pusat mengundi.

"Saya ini OKU sejak lahir, tapi walaupun sukar bergerak, ia tidak menghalang saya daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih," katanya ketika ditemui di SMK Seri Pelangai dekat sini pada Sabtu.

Amin Fiktri tiba seawal jam 8.30 pagi bagi membuang undi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu
Amin Fiktri tiba seawal jam 8.30 pagi bagi membuang undi di SMK Seri Pelangai pada Sabtu

Amin Fiktri berharap pemimpin yang diberikan mandat dapat membawa lebih banyak pembangunan termasuk kemudahan untuk OKU.

Ujarnya, kemudahan mesra OKU terlalu terhad di sini dan semestinya ia perlu menjadi fokus utama pemimpin yang sudah dipilih nanti.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini saya berpuas hati (dengan fasiliti), tapi kalau boleh tambah baik demi keselesaan kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!