PRK Pelangai: Cikgu Kasim tinjau pusat mengundi di SMK Seri Pelangai
BENTONG - Calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samar melawat Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai di sini pada Sabtu.
Beliau tiba pada jam 11.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira lima minit bagi meninjau perjalanan proses mengundi di pusat berkenaan.
Kasim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kasim berharap proses pengundian berjalan lancar dan mahu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai turun bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
PRK Pelangai yang pertama selepas PRU15 di Pahang akan berlangsung pada Sabtu susulan kematian Datuk Johari Harun yang merupakan penyandang bagi DUN itu terlibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Kasim bersaingan dengan Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!