Ada pihak cuba laga-lagakan Tun M, Anwar?
Anwar dalam satu kenyataan berkata, beliau ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait pemimpin Umno yang meninggalkan parti tersebut.
“Pihak-pihak ini berniat untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri) dan berniat untuk merenggangkan hubungan yang baik di antara kami.
“PH telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit,” katanya.
Anwar berkata, tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah.
“Saya terus menyokong usaha dan kepimpinan Tun Dr Mahathir, dan akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda Reformasi seperti yang telah dipersetujui,” katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!