Cikgu Kasim tersasul, tak sengaja raih undi

Calon PN, Kasim Samat melawat dan meninjau di Pusat Mengundi SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
Calon PN, Kasim Samat melawat dan meninjau di Pusat Mengundi SMK Seri Pelangai pada Sabtu.
A
A
A
BENTONG - Calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat secara tidak sengaja mengajak pengundi agar mengundinya setelah selesai membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau tersasul ketika ditemui pemberita di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi yang dijadikan pusat pengundian untuk pilihan raya berkenaan.

Namun beliau segera menarik kata-kata itu dan mengakui tersilap kerana tidak sedar dengan tindakan tersebut.

Tempoh rasmi berkempen bagi PRK Pelangai tamat pada pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi sama ada di luar Pusat Mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain selepas tamat tempoh berkenaan.
Artikel Berkaitan:


Menurut Artikel 48(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, SPR berhak membatalkan kemenangan mana-mana calon sekiranya terdapat laporan dan bukti yang menunjukkan wujudnya unsur-unsur berkempen pada hari pengundian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!