Polis nafi ancaman keganasan di Sibu, Bintulu
SIBU - Polis hari ini menafikan laporan yang tular di media sosial bahawa anggota kumpulan pengganas kini berada di Sibu dan Bintulu untuk menyerang gereja di kedua-dua bahagian itu.
Laporan itu membimbangkan masyarakat Kristian tentang keselamatan mereka ketika menghadiri upacara sembahyang di gereja masing-masing dengan mengambil iktibar kejadian serangan bomb terhadap gereja di Sri Lanka ketika sambutan Easter bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi Bernama menyangkal laporan tersebut.
“Laporan bersangkutan perkara itu yang kini tular adalah tidak benar,” katanya dan menasihati orang ramai supaya bertenang.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada terdapat laporan polis mengenai laporan atau atau ada pihak yang meminta kawalan polis ketika upacara sembahyang di gereja. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!