Lima kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat petang ini

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan satu di Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang ini, berbanding hanya tiga kawasan di Johor, jam 9 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Johor adalah di Larkin iaitu 160 diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi (123), manakala Nilai, Negeri Sembilan (105).

Pagi tadi, Larkin mencatatkan bacaan IPU 156 diikuti Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!