HUAWEI lancar empat produk baharu

HUAWEI Watch GT 4
HUAWEI Watch GT 4
A
A
A

HUAWEI melancarkan empat produk baharu kategori Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) dalam rangkaian penuh peranti pintar terkemuka termasuk HUAWEI Watch GT 4; MatePad 11” PaperMatte Edition; FreeBuds Pro 3 dan HUAWEI Watch Ultimate Design.

Produk inovatif ini mampu menawarkan pengalaman baharu penggunaan teknologi termaju dan canggih sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

HUAWEI dalam satu kenyataan memaklumkan, empat produk keluaran terbaharunya ini sesuai digunakan di tempat kerja, melancong dan beriadah.

“Siri HUAWEI Watch GT 4 dibina dengan bahan premium dan bahagian luar metalik yang bergaya.

“Reka bentuk ini menyerlahkan pengalaman pengguna,]mencerminkan prinsip keseimbangan, keharmonian dengan reka bentuk yang inovatif.

“Jam ini menawarkan pilihan warna yang berbeza bagi tali untuk kedua-dua edisi 46 milimeter dan 41milimiter,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, setiap edisi didatangkan khas dengan sarung keluli tahan karat yang unik ianya untuk pilihan pembeli.

Manakala HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition pula mempunyai kelajuan pemprosesan yang lancar dan sambungan yang berkualiti.

Artikel Berkaitan:

"HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition mampu meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyediakan kadar segar semula yang tinggi, kelajuan pemprosesan yang lancar dan sambungan yang berkualiti24 jam pada kedalaman 110 meter," katanya.

Sementara itu, HUAWEI FreeBuds Pro 3 generasi baharu fon telinga TWS mempunyai reka bentuk teknologi audio terkemuka dan mampu meningkatkan pengalaman audio untuk pengguna yang terbiasa dengan kehidupan yang lebih baik.

Fon telinga ini akan mula berada di pasaran 21 Oktober ini pada harga RM 899 di Huawei Experience Store, Huawei Official Website, Huawei Official Store di Shopee dan Huawei Flagship Store di Lazada.

HUAWEI Watch Ultimate Design
HUAWEI Watch Ultimate Design

Bagi, HUAWEI Watch Ultimate Design yang berada di pasaran 14 Oktober ini pula menggunakan teknik tatahan emas tradisional China kepada reka bentuk emas enam segmen 18K yang direka unik pada bezel seramik nanokristal.

Ia menghasilkan kilauan yang setanding dengan batu permata, membentuk rupa bezel jed bertatah emas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!