Arif sumbang pingat emas keenam Malaysia
ATLET karate negara, Muhammad Arif Afifuddin mencipta kejutan apabila meraih pingat emas dalam kategori kumite lelaki bawah 84 kilogram (kg) sebentar tadi.
Dalam aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Linping, Arif menewaskan atlet Kazakhstan, Daniyar Yuldashev dengan kiraan mata 10-4.
Terdahulu, Arif yang baru mencecah usia 23 tahun menewaskan Vaek Jun-hyeok dari Korea Selatan di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 5-2.
Kejayaan Arif itu menyaksikan kontinjen Malaysia kini berjaya merekodkan enam pingat emas sebelum temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 melabuhkan tirainya pada Ahad.
Skuad karate sebelum ini telah menghadiahkan kontinjen Malaysia dua pingat perak menerusi kategori kata individu wanita dan trio wanita.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!