23 pemain lapor diri kem latihan Harimau Malaya

Kim Pan-gon
Kim Pan-gon
A
A
A

SERAMAI 23 pemain sudah melaporkan diri pada hari pertama kem latihan berpusat menjelang aksi Pestabola Merdeka yang akan bermula pada 13 Oktober ini.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, dua lagi pemain iaitu tonggak pertahanan, Dion Cools dan pemain tengah Nooa Laine akan tiba pada Isnin.

"Ketika ini ada 23 pemain sudah melaporkan diri dan kehadiran Dion dan Nooa pada Isnin akan melengkapkan pasukan.

"Kami juga sudah melakukan pemeriksaan dan ada seorang pemain yang mengalami sedikit kecederaan tetapi tidak membimbangkan," katanya kepada media sebelum sesi latihan di padang Wisam FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

Skuad negara dalam rangka persiapan untuk menghadapi Pestabola Merdeka dan akan bertemu India pada perlawanan pertama di Stadium Nasional,Bukit Jalil

Jika menang, Malaysia akan meneruskan aksi bertemu pemenang, antara Palestin yang atau Tajikistan di pentas final pada 17 Oktober ini.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan beberapa pemain berada dalam keadaan keletihan terutama pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC serta Sabah FC yang mengharungi aksi Piala AFC serta Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Kami akan memantau keadaan mereka dan memastikan mereka cergas.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga sudah memulakan untuk tumpu kepada pendekatan taktikal dan perancangan untuk menentang India," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!