AI antara teknologi kerajaan mahu terapkan di Malaysia

The government will ensure that electric vehicle (EV) ownership is available to all income groups through targeted subsidies and financial assistance, said Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Bernama
The government will ensure that electric vehicle (EV) ownership is available to all income groups through targeted subsidies and financial assistance, said Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kecerdasan Buatan (AI) antara teknologi yang kerajaan mahu terapkan di negara ini selaras dengan misi penerapan teknologi seperti dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkembangan lanjut berhubung isu tersebut yang akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan susulan perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan G42, Peng Xiao dan pengurusan tertingginya baru-baru ini.

“G42 merupakan salah satu syarikat pelopor kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan teknologi canggih yang berpangkalan di Abu Dhabi,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Sabtu.

Sebelum itu, Anwar yang dalam lawatan kerja dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Khamis, telah diterima menghadap Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi di Istana Qasr Al Shati' di sini.

Dalam pada itu, menurut Zafrul, perbincangan tersebut melibatkan isu perkhidmatan dan teknologi moden berkaitan penjagaan kesihatan, pendidikan serta inisiatif bandar pintar.

“Syarikat G42 ini menggunakan data besar dan dikuasakan oleh algoritma AI untuk membantu dalam pengurusan wabak dan mencipta platform pengurusan pandemik pintar yang canggih di UAE.

“AI antara teknologi yang ingin Kerajaan Malaysia terapkan di Malaysia, selaras dengan misi penerapan teknologi seperti yang disebut dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!