[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRK Pelangai: Amizar sedang mendahului hampir 3,000 undi

Suasana di Pusat Gerakan BN di Simpang Pelangai.
Suasana di Pusat Gerakan BN di Simpang Pelangai.
A
A
A

BENTONG - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam mendahului dengan 6,533 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negari (DUN) Pelangai setakat jam 7.40 petang ini.

Dalam keputusan yang dipaparkan di pusat gerakan BN di Simpang Pelangai mendapati Amizar meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat yang meraih 3,747 undi.

Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli setakat ini mendapat 37 undi ketinggalan di belakang kedua-dua calon lain.

Keputusan itu setakat kiraan bagi 28 saluran berbanding 31 saluran keseluruhannya.

Dalam pada itu, kiraan tidak rasmi bagi undi pos pula menyaksikan BN mendapat 47 undi berbanding PN dengan 13 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!