[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRK Pelangai: BN masih mendahului kiraan undi

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat gerakan BN.
Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat gerakan BN.
A
A
A

BENTONG - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sekali gus mempertahankan kubu kuat BN tersebut.

Dalam informasi yang dipaparkan di pusat gerakan BN di Simpang Pelangai mendapati Amizar mendapat 7,324 undi dengan majoriti 2,949 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat hanya mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli mendapat 43 undi.

Keputusan itu menyaksikan BN sekali lagi mengekalkan kemenangan kerusi tersebut selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) lalu.

PRK kawasan itu perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH- 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon Pejuang -65 undi).

Artikel Berkaitan: