Israel ada kelebihan taktikal, tetap akan cuba raih simpati dunia
KUALA LUMPUR - Kerajaan Israel dijangka akan menggunakan taktik menyerang balas dengan niat untuk ‘mematikan’ Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam, atau ‘memusnahkan’ kelengkapan pihak lawan mereka.
Media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk membanjiri kawasan Selatan, yang terdahulu sempadannya berjaya dilepasi tentera dari Palestin.
Namun Pakar Keselamatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Mohd Mizan Mohammad Aslam berpandangan, Israel dan media-media barat akan lebih banyak memaparkan gambar-gambar yang didakwa terhasil daripada ‘kekejaman’ Palestin, demi meraih simpati dunia.
“Tidak ada istilah maaf atau untuk meneutralkan kawasan itu, dengan menangkap, membuat penahanan atau rehab, atau deradikalisasi ... tiada dalam istilah tentera mereka.
“Memang trend serangan (dan pattern) oleh pihak Israel sebelum ini, mereka execute, masuk, bunuh dan hancurkan semahunya.
Kita akan melihat selepas ini media yang dimainkan barat yang dikawal oleh konglomerat Yahudi ini akan menunjukkan gambar untuk meraih simpati dunia, akan tunjukkan betapa jahatnya Hamas dan sebagainya.
ARTIKEL BERKAITAN:Hamas isytihar serangan terbesar, bedil 5,000 peluru berpandu ke atas Israel
ARTIKEL BERKAITAN: 6 terbunuh, ratusan tercedera dalam serangan balas Hamas, Al-Qassam ke atas Israel
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu
“Sedangkan apa yang berlaku ketika ini, bagaimana sabarnya pejuang ini dari semasa ke semasa, berapa ramai dinafikan hak untuk bersembahyang di Masjid Al-Aqsa, tembakan atau serangan yang dilakukan Tentera Israel, dengan memakai kasut ke dalam masjid dan sebagainya,” tambahnya.
Terdahulu agensi rasmi Palestin, WAFA, melaporkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebagai berkata, rakyatnya mempunyai hak untuk melindungi diri dan negara daripada ancaman luar, termasuk tindakan menakut-nakutkan penduduk Palestin serta pemilikan tanah secara haram.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ramallah, dengan beberapa pemimpin kanan dan pihak berkuasa Palestin.
Dalam pada itu, Mohd Mizan berkata, dari segi perbandingan taktikal, Israel nyata mempunyai kelebihan kerana tentera mereka disokong oleh kelengkapan peralatan perang yang berteknologi tinggi, berbanding Palestin.
“Dari segi perbandingan tactical, Israel menggunakan satu taktik terus, iaitu buat serangan dan mereka ada segala bentuk kelengkapan, dan perlindungan yang menyebabkan kematian di pihak mereka ini amat rendah.
ARTIKEL BERKAITAN: Hamas isytihar perang mengejut
ARTIKEL BERKAITAN:Erdogan gesa Israel, Palestin tidak burukkan lagi keadaan
ARTIKEL BERKAITAN:Rakyat Palestin mahu pertahan diri dari penindasan, puak ekstrem - Hamas
“Berbanding dengan pejuang Hamas atau Mujahideen ini, mereka adalah golongan yang tidak mempunyai kelengkapan yang sangat hebat, maju dan sebagainya, yang akan sebabkan mereka sering jadi mangsa dalam serangan atau pertempuran yang berlaku,” katanya lagi.
Setakat jam 6 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel telah terbunuh serta ratusan tercedera, manakala puluhan tentera Israel dilaporkan telah ditangkap oleh pejuang Hamas dan Al-Qassam.
Awal hari ini, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif dilaporkan sebagai berkata, Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin. - Awani
EU dan beberapa negara Eropah selar serangan balas Palestin ke atas Israel
Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu telah menzahirkan solidaritinya ke atas Israel selepas Pejuang Hamas dan Al-Qassam melancarkan serangan balas dengan ribuan roket di sempadan Gaza.
Selain itu beberapa pemimpin negara Eropah, termasuk Sepanyol, Perancis, dan German turut senada dengan kesatuan itu, sambil menganggap Israel mempunyai hak di bawah undang-undang antarabangsa untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman.
Wakil Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar, Josep Borrell dalam catatan melalui laman media sosial X, melihat serangan balas itu sebagai sesuatu yang menakutkan, dan menganggap ia merupakan tindakan pengganas.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Pemangku Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares; dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock pula senada dan menganggap serangan itu merupakan keganasan yang mendiskriminasikan hak dan kebebasan penduduk Israel.
Namun Presiden Turki Tayyip Erdogan pula memilih untuk lebih berdiplomasi, dan menyeru kedua-dua pihak Israel dan Palestin untuk tidak bertindak dengan terburu-buru, dan mengelakkan daripada situasi menjadi lebih buruk.
Terdahulu agensi rasmi Palestin, WAFA, melaporkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebagai berkata, rakyatnya mempunyai hak untuk melindungi diri dan negara daripada ancaman luar, termasuk tindakan menakut-nakutkan penduduk Palestin serta pemilikan tanah secara haram.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ramallah, dengan beberapa pemimpin kanan dan pihak berkuasa Palestin.
Setakat jam 6 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel telah terbunuh, dan ratusan lagi cedera, manakala puluhan tentera Israel telah ditangkap oleh pejuang Hamas dan Al-Qassam.
Awal hari ini, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif dilaporkan sebagai berkata, Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.
"Kami telah memberi amaran kepada pihak Israel sebelum ini. Mereka menyerang Morabitun (Jawatankuasa Penjaga al-Aqsa) dan penjaga-penjaga Masjid al-Aqsa, dan kami telah beri amaran supaya mereka hentikan tindakan itu. Israel berani mencemarkan kesucian Masjid al-Aqsa,” tegasnya lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, kumpulan pembebasan Palestin membuat keputusan untuk menoktahkan segala jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel, dan mengumumkan bermulanya operasi Al-Aqsa. Operasi tersebut akan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera, dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.
Muhammad Al-Deif turut menyeru semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas pendudukan Israel dengan apa cara dan peralatan yang ada, sekali gus menamatkan koordinasi keselamatan dengan pihak Israel. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!